Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon pintar 3G disalahguna.

Pada pembentangan bajet 2013 kerajaan telah memperkenalkan pemberian rebat sebanyak RM200 secara one-off kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah.

Pemberian ini mampu mendorong belia untuk lebih terdedah kepada teknologi terkini namun berdasarkan pengalaman lepas sebagaimana pemberian boucer buku pasti akan wujud salahguna seperti penjualan boucer rebat ini kepada peniaga. keadaan ini sudah pasti menggugat keberkesanan kerajaan menyalurkan sebarang inisiatif yang bertujuan membantu rakyat.

Walaupun wujud akad persetujuan antara pemilik boucer dan peniaga namun urusniaga ini tetap tertakluk kepada undang-undang negara. Peniaga yang ingin mengambil untung atas angin seharusnya sedar bahawa kegiatan ini berlaku dengan cara yang batil dan lari daripada tujuan asal membantu rakyat.

Keadaan ini sangat sukar untuk dibendung sekiranya rakyat yang menerima boucer juga tidak sedar akan pentingnya bantuan ini digunakan pada jalan yang betul. Besar kemungkinan golongon sebegini hanya mengharapkan tunai yakni dengan menjual boucer tersebut pada harga yang lebih rendah daripada RM200 maka duit tersebut dapat digunakan untuk keperluan lain.

Saya berpendapat kerajaan harus melaksanakan pemantauan yang tegas seperti mendapatkan resit lengkap beserta no telefon pelanggan yakni pemilik boucer yang telah membeli telefon pintar. Melalui pengesahan melalui panggilan telefon daripada pihak pemantau mampu mengurangkan masalah sebegini.

Kita akur dengan masalah yang dihadapi rakyat sehingga terdesak menjual rebat ini kepada peniaga, namun kesedaran yang tinggi perlu ditanamkan dalam diri kita supaya tidak membiarkan golongan tertentu mendapat keuntungan atas angin atas nama usaha membantu rakyat. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pasti akan menjadi sia-sia kerana golongan sasar yang benar-benar ingin dibantu tidak mendapat agihan yang sepatutnya.

Tag : boucer telefon pintar.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge