New York menyediakan kemudahan secara percuma untuk mencas semula telefon pintar dengan hanya mengayuh basikal. Kemudahan ini disediakan bagi menyokong usaha untuk memberikan sumber tenaga hijau kepada penduduk New York.
Dijangka 30 cawangan pencas akan dibuka di sekitar New York pada tahun 2013. Basikal ini menyediakan sambungan micro USB, 30-pin atau 8-pin. Apa yang perlu dibuat untuk mencas semula telefon anda ialah mengayuh. Kayuhan selama 5 minit akan menghasilkan tenaga sebanyak 5% pada bateri.
Usaha sebegini sepatutnya dicontohi di Malaysia bagi memudahkan rakyat selain menggalakkan masyarakat untuk bersenam. Ia sudah pasti mengurangkan kes-kes kronik berkaitan kesihatan. Maklumlah rakyat negara-negara yang membangun pada hari ini bukan mati kerana kurang makan sebaliknya kerana terlebih makan. Jadi, jom bersenam!!!!
bagus juga sambil tu dapat menjaga kesihatan
hairulafiz recently posted..Gelagat Si Abang