Apple meniru rekaan jam Swiss Federal Railway

Apple telah membayar sebanyak USD 21 juta sebagai bayaran lesen hakcipta jam Swiss Federal Railway yang merupakan simbol syarikat tersebut dan juga simbol negara. Rekaan jam tersebut dicipta oleh Hans Hilfiker pada tahun 1940.

Pembayaran dibuat berikutan tuduhan terhadap Apple kerana menggunakan rekaan jam tersebut pada iPad yang merupakan sebahagian daripada iOS 6 update terbaru september lepas.

Pembayaran itu merupakan sesuatu yang kecil kepada syarikat yang memiliki aset USD100 billion, tetapi ia menunjukkan simbolik bahawa Apple ingin mempercepatkan kes kerana tidak mahu terlibat dalam pendakwaan yang boleh menjejaskan kredibiliti Apple yang juga pernah terlibat dalam isu hakcipta melibatkan syarikat-syarikat lain.

Selepas kemenangan saman Apple terhadap Samsung, Apple dilihat sebagai sebuah syarikat yang asli dan kukuh kerana bersikap tegas terhadap isu hakcipta namun kes sebegini sedikit mencalar reputasi Apple yang merupakan gergasi dalam teknologi gadget.

 

Bookmark the permalink.

3 Responses to Apple meniru rekaan jam Swiss Federal Railway

  1. hairulafiz says:

    agaknya apple ni tak reti nak minta izin orang dulu
    hairulafiz recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  2. mampoo says:

    mungkin saja ini merupakan karma

  3. cik tom says:

    aritu apple saman samsung…skang swiss plk saman apple..dunia saman menyaman..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge