Penulisan berkualiti ialah SEO terbaik.

Menyedari hakikat bahawa google adalah sebuah search engine (enjin carian) nombor 1 maka sudah pasti keutamaan google dalam menyenarai carian adalah berdasarkan kualiti yang disukai pembaca. Ini berita baik untuk penulis blog. Teruskan menghasilkan blog yang berkualiti. Menulis untuk manusia bukan untuk search engine. Elakkan rasa rendah diri tentang ceteknya pengetahuan SEO. Ini kerana hanya google sahaja yang benar-benar tahu tentang SEO.

“write for your audience not the search engines, build links to your great content, and develop your blog on a great domain with incredible domain authority.” Mark Collier pemilik www.DropMining.com dan www.TheOpenAlgorithm.com. Hasil dari kajian terperinci beliau tentang SEO mendapati bahawa google mahu hasil penulisan yang baik sebagai keutamaan dalam algoritma search engine. Saranan dari beliau abaikan memikirkan tentang SEO, hasilkan penulisan berkualiti dan bina link ke blog anda.

Cara-cara menulis dengan baik.
Persoalan yang timbul adakah saya menulis dengan baik? Adakah saya layak untuk mengajar tentang penulisan berkualiti? Abaikan persoalan, apa yang penting kita sama-sama belajar dan berkongsi.

Perenggan berikut membincangkan tentang teknik penulisan yang baik.

Penulis mesti tahu apa yang ditulis.
Buat kajian tentang apa yang ditulis. Penulis novel terkenal Ahadiat Akashah pernah bergaul dan bersama dengan pelbagai jenis golongan masyarakat semata-mata mencari fakta dan menjiwai watak yang ditulis. Sebelum menjadi terkenal novelnya pernah ditolak oleh penerbit dan nasihat yang disyorkan pada beliau ialah “tulis sesuatu yang kamu tahu”.

Belajar, kursus, seminar dan sebagainya.

Bidang penulisan bukan bergantung pada bakat semata-mata tetapi ia boleh dipelajari. Modal kita belajar adalah pelaburan sepanjang hayat, ia pasti akan memberi manfaat.

Minta pendapat dan bertanya.

Penulis memerlukan teguran untuk memperbaiki tulisan. Saya berharap ada pembaca yang sudi menegur kesilapan saya dalam penulisan. Tujuan utama menegur bukan menunjuk pandai tetapi ikhlas untuk sama-sama menjadi lebih baik.

Membaca penulisan yang baik.

Pembacaan yang memberikan info adalah suatu kemestian. Manusia belajar daripada meniru. Banyaknya sumber bacaan yang baik akan menghasilkan penulisan yang baik. Apa yang menarik dalam penulisan ialah hasilnya akan sentiasa unik kecuali anda copy paste.

Ringkaskan penulisan (direct to the point).

Jika ada ayat yang ringkas elakkan guna ayat yang panjang. Ini dapat menjimatkan ruang, tenaga dan masa serta mengurangkan kesilapan. Perkara ini menguntungkan kedua-dua pihak penulis dan pembaca.

Jujur kepada pembaca.

Sebagaimana jujurnya anda, sudah tentu mengharapkan tajuk penulisan mempunyai fakta dicari. Pastikan isi artikel adalah seperti dalam tajuk. Pembaca tidak suka ditipu kecuali untuk hiburan sesama rakan penulis.

Sekian dari saya, pendapat lain dan pendapat tambahan dialu-alukan dalam ruangan komen semoga bermanfaat untuk sama-sama memperbaiki mutu penulisan.

Bookmark the permalink.

7 Responses to Penulisan berkualiti ialah SEO terbaik.

  1. donnyien says:

    hello bro,

    terima kasih banyak-banyak diatas nasihat diatas, semoga kita menjadi penulis yang baik. banyak lagi yang saya kena belajar dalam menulis artikel yang berkualiti..
    donnyien recently posted..Apa itu blogging bagi saya?My Profile

  2. akubiomed says:

    Banyak bacaan saya baca mengatakan ‘contain is king’ salah satu sebab mempunyai pembaca yang setia.
    akubiomed recently posted..Gotong royong di kampung WellingtonMy Profile

  3. kaishin says:

    belajar dan terus belajar..
    kaishin recently posted..mutiara kataMy Profile

  4. Mummy Akmar says:

    Salam Bro

    Terima kasih dengan perkongsian ini.
    Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  5. cik tom says:

    belajar utk menghasilkan entry yg baik dan berkualiti..
    cik tom recently posted..Bayaran Kelima dari SaysMy Profile

  6. Betul tu bro.. Yang sebenarnya hasil penulisan kita yang berkualiti adalah segala-galanya. SEO hanyalah trafik yang sementara, tapi pembaca setia sangat penting untuk blog kita. Nak dapat pembaca setia adalah daripada penulisan yang berkualiti.
    Hazmin Hamudin recently posted..Akhirnya Keluar Daripada Hospital BlackBerry Torch AkuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge