Penulisan berkualiti ialah SEO terbaik.

Menyedari hakikat bahawa google adalah sebuah search engine (enjin carian) nombor 1 maka sudah pasti keutamaan google dalam menyenarai carian adalah berdasarkan kualiti yang disukai pembaca. Ini berita baik untuk penulis blog. Teruskan menghasilkan blog yang berkualiti. Menulis untuk manusia bukan untuk search engine. Elakkan rasa rendah diri tentang ceteknya pengetahuan SEO. Ini kerana hanya google sahaja yang benar-benar tahu tentang SEO.

“write for your audience not the search engines, build links to your great content, and develop your blog on a great domain with incredible domain authority.” Mark Collier pemilik www.DropMining.com dan www.TheOpenAlgorithm.com. Hasil dari kajian terperinci beliau tentang SEO mendapati bahawa google mahu hasil penulisan yang baik sebagai keutamaan dalam algoritma search engine. Saranan dari beliau abaikan memikirkan tentang SEO, hasilkan penulisan berkualiti dan bina link ke blog anda. (more…)

TEKNIK PROMOSI RISALAH KUNCI KEJAYAAN PERNIAGAAN.

Perkongsian kali ini akan merungkai sedikit persoalan sejauh mana kaedah mengedar risalah membantu kita mengembangkan perniagaan. Walaupun pengalaman lepas saya hanyalah dalam bidang pembiayaan peribadi, tetapi ia boleh diguna pakai dalam perniagaan lain.

Mungkin cabaran terbesar menggunakan teknik ini ialah perasaan segan untuk berinteraksi dengan pelanggan kerana sesetengah pelanggan tidak mahu diberi penekanan secara berlebihan sebagaimana diri kita sendiri apabila berhadapan dengan promoter yang cuba mendekati kita. Tetapi ada juga pelanggan yang selesa menerima risalah dan menyimpan untuk dibaca kemudian. Masalah segan ini patut diatasi kerana dalam perniagaan yang halal niat kita yang paling utama ialah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, berniaga dengan tujuan mencari rezeki halal adalah berbeza dengan meminta sedekah. Maka ubah persepsi kita tentang perniagaan  dan jangan rasa malu bermula dari bawah. (more…)

Artis Belanda mencipta awan dalam rumah.

Artis Belanda Berndnaut Smilde telah mencipta satu kaedah menghasilkan awan dalam persekitaran tertutup. Awan ini dibuat secara cermat dengan mengawal kelembapan udara, suhu dan cahaya. Ini merupakan titik pertemuan antara sains dan seni. Majalah TIME baru-baru ini mengiktiraf penemuan ini sebagai “Rekacipta Terbaik Tahun 2012.”

Awan putih ini direka menggunakan mesin kabus, mewujudkan satu pengalaman mistik di tengah-tengah bilik. Smilde telah menghasilkan awan ini di beberapa jenis lokasi, seperti koridor, bilik tidur dan ruang tamu. (more…)

Apple meniru rekaan jam Swiss Federal Railway

Apple telah membayar sebanyak USD 21 juta sebagai bayaran lesen hakcipta jam Swiss Federal Railway yang merupakan simbol syarikat tersebut dan juga simbol negara. Rekaan jam tersebut dicipta oleh Hans Hilfiker pada tahun 1940.

Pembayaran dibuat berikutan tuduhan terhadap Apple kerana menggunakan rekaan jam tersebut pada iPad yang merupakan sebahagian daripada iOS 6 update terbaru september lepas. (more…)

Cas telefon pintar dengan mengayuh basikal

New York menyediakan kemudahan secara percuma untuk mencas semula telefon pintar dengan hanya mengayuh basikal. Kemudahan ini disediakan bagi menyokong usaha untuk memberikan sumber tenaga hijau kepada penduduk New York.

Dijangka 30 cawangan pencas akan dibuka di sekitar New York pada tahun 2013. Basikal ini menyediakan sambungan micro USB, 30-pin atau 8-pin. Apa yang perlu dibuat untuk mencas semula telefon anda ialah mengayuh. Kayuhan selama 5 minit akan menghasilkan tenaga sebanyak 5% pada bateri. (more…)

Resdung : punca, gejala dan rawatan.

Penyakit resdung

Penyakit resdung merupakan suatu radang atau alahan yang berlaku pada rongga hidung. Pesakit resdung biasanya mengalami keadaan tidak selesa pada bahagian belakang mata, keadaan ini berlaku kerana radang telah menyebabkan kebengkakkan pada dinding rongga hidung. Apabila ruang hidung telah bengkak ia menyebabkan aliran mukus tersumbat, keadaan lembap ini menjadi persekitaran yang sesuai untuk mengumpul kotoran, debu dan parasit. Bagi pesakit resdung yang kronik senario yang paling merbahaya ialah kerosakkan pada mata dan otak kerana parasit (demodix) boleh merebak melalui ruang rongga hidung yang berhampiran dengan mata dan otak.

Punca penyakit resdung (more…)